Friday 16 December 2011

Contoh soalan 1


Soalan 1 dan soalan 2Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

1Pada lembaran akhir buku itu, ada senarai istilah-istilah yang penting.
 Akeluaran
 Bbab
 Chalaman
 Dperenggan 
2Miza bergegas ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan ayahnya.
 Atermengah-mengah
 Bberasak-asak
 Cberlari-lari
 Dsegera
Soalan 3 dan Soalan 4Pilih jawapan yang paling sesuai kepada soalan yang bergaris.

3
Bilakah kamu membeli kereta yang kamu gunakan sekarang?

A
Saya membelinya sebelum kenaikan harga kereta baru-baru ini.

B
Saya membelinya apabila disuruh oleh majikan saya.

C
Saya membelinya daripada bapa saya.

D
Saya membeli kereta itu menerusi pinjaman yang diberikan oleh majikan saya. 
4
Pemberita itu bertanya, “Sudah berapa lamakah kamu bergiat dalam sukan hoki?”

A
Sepanjang yang saya ingat, sudah hampir enam tahun.

B
Sudah enam tahun keluarga saya mendorong saya bergiat dalam sukan hoki.

C
Saya akan bergiat dalam sukan ini selama enam tahun lagi.

D
Sejak dahulu saya berminat dalam sukan hoki.

Soalan  5 dan Soalan 6Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

5
A
“Kak kita balik dulu, biar Jimi tengokkan mak,” kata Ajwa.

B
“Kak, kita balik dulu. Biar Jimi tengokkan mak,” kata Ajwa.

C
“Kak. Kita balik dulu. Biar Jimi tengokkan mak,” kata Ajwa

D
“Kak, kita balik dulu biar Jimi tengokkan mak,” kata Ajwa.

6
A
Pasar Raya “Ocean” mengadakan jualan murah sempena ulang tahun pembukaannya yang ke10.

B
Pasar Raya “Ocean” mengadakan jualan murah Sempena Ulang Tahun pembukaannya yang ke-10.

C
Pasar Raya “Ocean” mengadakan jualan murah sempena ulang tahun pembukaannya yang ke-10.

D
Pasar Raya “Ocean” mengadakan jualan murah, sempena Ulang Tahun pembukaannya yang ke-10.

Soalan 7 dan Soalan 8Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

7
Majalah itu terpaksa dicetak berulang kali kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca.

A
Pembaca terpaksa mencetak majalah itu  berulang kali kerana mendapat sambutan yang menggalakkan.

B
Sambutan yang menggalakkan daripada pembaca telah menyebabkan majalah itu terpaksa dicetak berulang kali.

C
Majalah itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca kerana  terpaksa dicetak berulang kali.

D
Pembaca majalah itu mendapat sambutan yang menggalakkan menyebabkan terpaksa dicetak berulang kali. 
8
“Nyah kau dari sini!” jerit Encik Siva kepada pengemis itu.

A
Encik Siva memberitahu pengemis itu dengan lemah-lembut supaya dia pergi dari tempatnya.

B
Encik Siva menjerit sekuat hatinya sambil membawa pengemis itu keluar dari tempatnya.

C
Encik Siva mengusir pengemis tersebut dari tempat itu dengan nada suara yang tinggi.

D
Encik Siva mendesak pengemis yang enggan pergi dari tempat itu dengan lantang.

Soalan 9 hingga Soalan 12Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

9
I
Kota itu telah jatuh ke tangan musuh.
II
Razak telah jatuh dalam peperiksaan yang lepas.
III
Nilai mata wang negara itu telah jatuh dengan teruknya.
IV
Pinggan yang berisi lauk telah jatuh daripada tangan Puan Salmah.  

A
I dan III sahaja

B
II dan III sahaja

C
I, II dan IV sahaja

D
I, III dan IV 
10
I
“Cerpen ini saya karang,”  kata Hani kepada rakannya.

II
Malam karang Encik Wahid akan datang ke rumah saya.

III
Cikgu Hilmi menyuruh murid-muridnya menulis karang dalam buku latihan.

IV
Encik Pilus telah menghidap penyakit batu karang semenjak dua tahun yang lalu.  

A
I dan II sahaja

B
I dan IV sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
I, II dan IV sahaja 
11
I
Jika ada lapangan, saya akan datang pada malam nanti.

II
Di belakang rumahnya ada sebuah kawasan lapangan.

III
Kawasan lapangan terbang ini ialah kawasan larangan.

IV
Sudah berapa lama saudara bergiat dalam lapangan penulisan?  

A
II dan III sahaja

B
III dan IV sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
I, II, III dan IV sahaja 
12
I
Buah manggis ini amat manis.

II
Manis sungguh senyuman gadis itu.

III
Cincin itu disarung ke jari manis anaknya.

IV
Perangai gadis itu kurang manis dipandang orang.  

A
I dan II sahaja

B
I dan IV sahaja

C
III dan IV sahaja

D
I, II, III dan IV sahaja