Penjodoh bilangan

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan  jawapan yang paling sesuai.


1. Panjang karangan yang ditulis hendaklah tidak melebihi 80 _________ perkataan
    A. baris
    B. patah
    C. rangkap
    D. perenggan


2. Ally hanya minum __________ air yang dihidangkan kerana ia tidak dahaga.
   A. sejag
   B. secawan
   C. segelas
   D. seteguk


3. Lebai Hussein mewasiatkan beberapa __________ tanah kebunnya kepada cucunya.
   A. baris
   B. petak
   C. batas
   D. penggal


4. Karangan yang saya tulis adalah sepanjang dua __________ kertas.
   A. cebis
   B. lembar
   C. kajang
   D. potong


5. Pak Uda mengikat beberapa ___________ kayu api yang dikumpulkannya supaya mudah dibawa.
   A. puntung
   B. potong
   C. batang
   D. kerat


6. Ayah makan beberapa ____________ limau sebagai pencuci mulut selepas makan.
   A. biji
   B. ulas
   C. buah
   D. pangsa

No comments:

Post a Comment