Kata Adjektif



Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai


1. Razak tidak dapat tidur _______________ kerana asyik berfikir tentang bapanya yang sakit tenat.
    A. lena
    B. ayam
    C. mati
    D. selesa


2. Ibu sungguh __________ lkerana belum ada berita tentang ayah yang hilang di laut.
   A. takut
   B. rimas
   C. risau
   D. lega


3. Saliza berjalan dengan ____________ apabila di kawasan perkuburan.
   A. pantas
   B. tangkas
   C. kencang
   D. deras


4. Harimau yang beberapa kali  ______________ di kawasan  kebun getah telah merisaukan penduduk kampung.
   A. terbit
   B. tampil
   C. muncul
   D. timbul


5. Kamil menjual surat khabar ______________ kepada kedai kitar semula.
   A. lama
   B. lapuk
   C. buruk
   D. usang


6. Penduduk di Kampung Setia ___________ apabila ada orang terjumpa kesan tapak kaki harimau.
   A. gempar
   B. riuh
   C. heboh
   D. bising


7. Batang kayu itu digergaji _________________ oleh ayah sebelum dicacakkan ke tanah.
    A. bengkak
    B. bongkok
    C. serong
    D. condong


8. Jamilah memperkenalkan sahabat ____________nya kepada Puan Noriah.
    A. intim
    B. akrab
    C. mesra
    D. karib


9. Wan Kaman berehat sebentar selepas terlalu _____________ bekerja di sawah
    A. lenguh
    B. sakit
    C. penat
    D. lema


10. Pihak sekolah akan memberi sijil khas kepada murid yang ______________dalam bidang kokurikulum.
    A. aktif
    B. lasak
    C. gigih
    D. tekun
  

No comments:

Post a Comment