Kata Kerja

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


1. Pihak polis sedang ______________________ gerak-geri kumpulan penjenayah itu sebelum melancarkan  serbuan.
    A. mengintip
    B. memandang
    C. meninjau
    D. mengintai


2. Setiap minggu, kami akan menziarahi pusara ibu dan _______________________ air mawar di pusaranya.
    A. menyiramkan
    B. menuangkan
    C. menyimbahkan
    D. mencurahkan


3. Suasana malam di Stadium Sarang Burung di  Beijing terang-benderang ketika berlangsungnya majlis
    _____________ Sukan Olimpik.
    A. perayaan
    B. permulaan
    C. pengisytiharan
    D. pembukaan


4. Kami duduk-duduk sambil minum di kantin untuk _________________ penat selepas berlatih sukan.
    A. meredakan
    B. melepaskan
    C. menghilangkan
    D. melenyapkan


5. Demam Chikungunya berjangkit _______________ gigitan nyamuk.
    A.menyerupai
    B. mengalami
    C. mengenai
    D. melalui


6. Sikap toleransi selain __________ adat resam pelbagai kaum di negara ini penting untuk mengekalkan keharmonian hidup.
    A. mencontohi
    B. mengikuti
    C. menghormati
    D. menghargai


7. Atuk _____________ pokok bonsainya setiap dua minggu agar kelihatan menarik
    A.  mencantas
    B. memangkas
    C. menambah
    D. menarah


8. Sebelum memerah tebunya, Pak Ali ________________ batang tebu itu untuk membuang kulit luarnya.
    A. meraut
    B. mengikis
    C. mengupas
    D. menarah


9. Banjir kilat yang melanda ibu negara baru-baru ini telah menyebabkan beratus-ratus kenderaan __________ dalam kesesakan lalu lintas.
    A. terhalang
    B. terkandas
    C. terperangkap
    D. tergelincir


10. Penjaga gol Perak, Fazlun Hairi berjaya ___________ bola yang disepak oleh pemain penyerang pasukan Kedah.
   A. menampan
   B. menghalang
   C. menyekat
   D. menangkis

No comments:

Post a Comment